Monday, November 3, 2008

Surat utk CIK HATI

Kehadapan CIK HATI yg dikasihi selalu. Semoga berada dalam keadaan sihat selalu. Saya disini sihat sahaja. Saya harap, kehadiran surat ini tidak mengganggu CIK HATI di sana. Saje je nak tanya khabar berita.

CIK HATI ape khabar? Dah lama tak dengar khabar berita. Hari tu saya dapat tahu, CIK HATI sakit? Betul ke? Sakit ape? Dah baik ke belum? Dah cari penawar ke? CIK HATI, sabarlah menghadapai dugaan ye. Kuatkan hatimu untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan dugaaan dan cabaran ni. Percayalah, setiap dugaan itu, ader hikmahnye.

Majikan CIK HATI macam mana? Dia ok ke? Dia jaga kebajikan CIK HATI dengan baik tak? Saya bukan ape, risau la kalau dia x jaga CIK HATI baik2 kan. Setahu saya, sepanjang saya kenal dia, dia tu suka2 hati je. Kalau tengah frust menonggeng tu, dah tentu CIK HATI dia tak amik peduli kan.

CIK HATI, sebenarnya kawan CIK HATI, EN JIWA n wife dia PN RAGA ade call saya hari tu. Dia bagitau CIK HATI skarang ni dah berubah. Apa yg mereka bagitau saya, CIK HATI skarang ni dah terlampau susah untuk mendengar kata, dan susah untuk dilembutkan. Macam mana bleh jadi macam ni CIK HATI? Setahu saya CIK HATI ni seorang yg sangat berlembut hati, mendengar kata, dan suka memaafkan. Mereka cakap lagi, CIK HATI jadi mcam ni selepas CIK HATI sakit dulu. Kenape CIK HATI?

PN RAGA ada juga la cerita kat saya, CIK HATI telah dikecewakan dan dipermainkan. Saya faham perasaan CIK HATI. Sebab saya juga pernah mengalaminya. CIK HATI, seelok2nya, CIK HATI maafkan lah diorg, juz let it go. Kalau CIK HATI terus2an macam ni, CIK HATI yg akan gila nanti. Jangan kerana mereka, CIK HATI dah putus harapan, dah putus asa. CIK HATI berdoalah banyak2, mintak diberi ketengan hati, jiwa dan fikiran. Boleh CIK HATI?

Wah, CIK HATI !! Dengar cerita, dah ader yang menunggu. Betul ke? Bagus lah macam tu CIK HATI. Memanglah kalau nak diikutkan, CIK HATI baru je lepas dikecewakan, edah pun x habis lagi. Tapi CIK HATI, kalau betul2 ader yang dah sudi dan sedia menunggu CIK HATI, ape salahnye memberi peluang. Lebih baik CIK HATI pilih seseorang yang betul2 sayangkan CIK HATI drpd CIK HATI sayang gile kat orang tu tapi dia x tahu nak hargai CIK HATI kan. CIK HATI, x guna berharap pada sesuatu yang tidak pasti. Saya tahu, CIK HATI masih lagi terkenang2kan kekasih lama CIK HATI tu kan. Dah la tu CIK HATI, cukup lah CIK HATI pernah diperlakukan sedemikian rupa, jangan biarkan CIK HATI terkena lagi. Dengarlah nasihat saya ni CIK HATI oooiiii.... Jangan degil bleh tak?

Oh ye, CIK HATI, saya rasa saya perlu beredar sekarang. Sebenarnya masa saya tulis surat ni, saya belum mandi lagi. Saya bangun tido teringat kat CIK HATI, tu yg terus je bukak pc, menaip surat utk CIK HATI. Ni perut saya dah lapar, kawan2 saya pun dah tunggu nak pergi makan sama2. CIK HATI, ingat ye pesanan saya kat atas tu. Sayangilah diri CIK HATI dahulu sebelum CIK HATI menyayangi ENCIK HATI yg lain. Sekian untk kali ini, wasalam.

Yang menyayangimu,
CIK LYANA
(Tuan empunya badan kepada CIK HATI)

6 comments:

b said...

uit.. tuka la name ak kat blog ko.. hehe

Anonymous said...

surat yg plng besh n jujur skali drpd HATI.. :)

Mizz Lyana said...

wah..thank u an0nymous..terpaksa..huhu..nak motivate dr sndr

Anonymous said...

Klau dari hasil taipan tangn sendiri.. its really2 kewl,Tapi klau hanya bahan copy dan paste.. its nothing .. ahak

Mizz Lyana said...

wahai cik maria ozawa, dah tentu2 lah saya yg mereka cerita ni..cuz CIK hati tu kepunyaan saya...huhu

Anonymous said...

erm...cik hati belom ade agi cik akal...nanti temukan cik hati dan cik akal ye.


kolep