Sunday, August 10, 2008

.:: Susuk at Midnite ::.



Hari Jumaat lepas, aku ngan housemate2 (semua sekali 10 org, termasuk pasangan msg2) aku pegi tgk movie cite SUSUK. Kitrg punye muvie kul 12.30 midnite. Yelah, org kata alang2 nak tgk cte seram, baik pegi tgk tgh2 malam kan. Aku pun actually excited sgt nak tgk walaupun at first 2 aku rasa mcm takut2 gak la. Yelah, tgk lah dia punye iklan n promo, agak menakutkan kan??? Almaklumlah dah kata penakut lah plak kan. Tapi sebab nak pi tgk ramai2, aku jadi excited n aku rasa mesti happening punya lah. Lagi2 ader Shela & Hajar, cukup lah kami 3 org je dah bleh menggamatkan panggung tu dgn suara kami yg bleh dikatakan EXTRA KUAT ni. Haha...

Kat dalam panggung tu, aku duk sebelah ADA, ro0mate merangkap bestfriend aku. Kitrg x duduk sebaris tu 10 org, sbb ticket x der. Ramai seyh, bleh dikatakan penuh gak la. Yelah, aku rasa org lain pun excited nk tgk, dah la citer baru n then promo dia agak gempak gak la pada aku. Tak lama lepas aku duduk tu, muvie pun start (iklan kejap je). Aku dah mula bersedia ngan kain penutup muka aku, & Ada plak senang2 je bleh tutup muka dia n hooded sweater dia (patut pun dia pakai sweater..haha). Awal2 muvie tu ader la part yg menyeramkan n agak memeranjatkan, so aku budget sepanjang muvie tu nanti mesti bleh menyebabkan aku x duduk diam.

Ok lah, aku x nak cite panjang, ni aku nak comment pasal muvie ni. Aku hanya bleh bagi 1 STAR je sbb citer dia x seperti yg aku jangkakan. Aku agak upset gak la, sbb dah la x seram n takut sgt (tapi banyak je part aku tutup muka, then intai melalui celahan jari aku ni..ehehe), cite dia membuatkan aku pening kejap. Jalan citer dia agak complicated, n akan membuatkan 0rg terpikir2. Dah la citer dia SLOW GILE, mengantuk gak la. Aku rasa x sesuai nak tgk midnite.

Lepas je balik dari tgk muvie tu, kami yg 10 org ni pun pegilah lepak2 minum kat Subai. Masa tu lah masing2 meluahkan perasaan, memberi kritikan pasal muvie yg kami tgk 2. Agak lama la masa yg kami amik, nak merungkai segala ke'CONFUSE'an jln cite muvie ni. At last, ktrg faham gak la. Citer ni jadi confuse sbb masa PAST n PRESENT dia bercampur aduk. Aku rasa mmg pengarah n penulis skrip muvie ni sengaja kot buat mcm ni. Diorg nak suh penonton ni berfikir sket, bagi otak tu jalan.

Ape2 pun, hajat aku x kesampaian la. Aku ingatkan bleh la aku jerit2 kan, nak lepas tensi0n lah kon0n. Hurm.. HAMPEHHHH.....

1 comments:

Amir Muhammad said...

Terima kasey atas komen anda pasal pilem kami :-)

Saya minta maaf kerana memaksa orang berfikir. Saya ambil iktibar :-)