Sunday, June 14, 2009

Penduduk Malaysia kurang PRIHATIN???

Hari ni merupakan hari pertama Cik Hati amik exam dari Microsoft. Alhamdulillah, Cik Hati lulus utk exam tu walaupun soalannye agak tough dan ade jugak unexpected question. Berkerut jugak la dahi Cik Hati nak menjawabnye. Untuk exam seterusnya, Cik Hati kena buat bnyk practice lagi sebab, subject tu adalah yg paling tough dalam bnyk2 subject yg lain. But, this is not the main point i am trying to highlight for this post.

Ye, tgk je la title post Cik Hati kali ni, mesti dah dapat agak ape yg Cik hati cuba nak sampaikan. Tadi, lepas je habis exam Cik hati terus balik. Hari ni Cik Hati naek komuter. Then masa tgh tunggu train ni, ade seorang makcik buta yg sama2 menunggu train di platform yg sama. Cik hati kesian sgt tgk dia, dah la buta, bawak bnyk barang plak. Makcik ni sorg pulak, x de sape2 yg menemani dia. Lagi la Cik Hati x sampai hati.

Then bile train dah nak sampai, Cik Hati tgk x de sape pun nak tolong dia. Then Cik Hati pun pergilah tolong memimpin dia sampai masuk dalam train. Kebetulan pulak sit dalam train tu semua full. Yg Cik Hati hairannye, kenape org2 yg duduk dalam train tu hanya melihat? Cik Hati tunggu lagi, tapi still x de org yg nak offer makcik tu duduk. Ish, masa ni Cik Hati dah geram, diorg ni x nampak ke makcik tu? Atau buat2 x nampak?

Then, x tau dari mana dtgnye kekuatan dalam Cik Hati ni, Cik Hati terus sound org kat situ, Cik Hati ckp "Bagilah makcik ni duduk". Then barulah ade org nak bagi dia duduk. Cik Hati bukan nak menunjuk2 atau berlagak, tapi Cik Hati kesian dan x sampai hati sgt2. Cuba bayangkan korg ade kat tempat dia, sedih x?

Lagi satu, kat dlam train tu dah ade signboard yg mmg boleh jelas dibaca dari jauh "Sila beri keutamaan kepada org yg memerlukan". Cik Hati pelik, org2 ni x faham bahasa ke? Tipulah ckp kalau x reti membaca. Entah la, Cik Hati mcm agak terkilan. If Cik Hati ckp selfish, nanti ade pulak yg marah. Tapi, x kesian ke tgk2 org mcm tu?

Bukan sekali ni je Cik Hati alami benda2 mcm ni, dah bnyk kali dah. Tgk perempuan yg sarat mengandung terpaksa berhimpit2 dalam train. Mereka hanya melihat. X de ke rasa nak bagi perempuaan tu duduk. Mcm mana kalau korg ade kat situation dia? Yg lelaki pulak, x kan x de rasa belas kasihan? Ape korg rase bile wife, mak, adik @ kakak korg mengalaminye, mesti korg marah kan?

Ade lagi situation, di mana seorang ayah terpaksa mendukung anaknye yg masih kecil dan membawa beg yg besar. Takkan nak biarkan dia berdiri je? Korg pun mesti faham kan keadaan dalam train mcm mana? X stabil. Mcm mana kalau dia jatuh? X ke membahayakan. Fikir2 lah, mcm mana if korg berada kt tempat dia..

Cik Hati just nak pesan, jadilah seorang yg bertimbang rasa dan prihatin. Mmg la, Cik Hati faham sgt keadaan di mana kita balik kerja, kepenatan, terpaksa berebut dan berhimpit2 nak dapat kan train. Cik Hati pernah mengalami tu semua. Tapi pada Cik Hati, apelah salahnye mengutamakan mereka yg memerlukan. Kita x tau kan keadaan kita di masa akan dtg mcm mana. Mungkin hari ini hari mereka, esok2? Kita pun x tau nasib kita mcm mana kan. Ingat la, bile kita buat baik, mesti akan di balas baik.

p/s : Cik Hati sgt emo ketika mengarang post ini kerana tidak dapat membendung rasa marah kepada mereka2 yg kurang atau tiada rasa simpati. Hukhuk

2 comments:

jhewakuberulat said...

biasa la wahai cik hati..
rkyat mlaysia skrg mmg susah dah nk jmpe yg brbudi pekerti..
pe dorg tau hya pentingkan diri sndiri..
hanya tau nk selesa kn diri sndiri jek..
kalu d tegur,t len plak jadi nye..
kalu d biarkn,cm2 la jdi nye..
tpi papepun,sy kasi tabik spring kt cik hati sbb brani brsuara..kalu x,smpai sudah la mkcik tu kena brdiri..
sgt x patut..

p/s..
dunia makin kejam..

Richie Ng said...

Cik Hati mmg seorang yg bertimbang rasa dan prihatin.
Malaysia stil got a lot of nice ppl like Cik Hati.
We am proud of u.