Monday, December 22, 2008

Ikhlas ke???

Ikhlas.. Cik Hati rase skang ni dah susah sgt nak jumpe org yg betul2 ikhlas berkawan n kita, x kira lah baik lelaki atau perempuan. Di sebalik kebaikan yg dipamerkan depan kita, sebenarnya tersembunyi satu niat atau tujuan yg tidak baik. X kiralah, sama ada ingin mempergunakan kita, ingin mengambil kesempatan di atas kelemahan kita, n lain2 lagi lah. Memang bile kita tanya, mulut kata ikhlas, tapi dia tidak sedar, sikapnye menunjukkan sebaliknye. Ada niat lain, ada tujuan lain n ada sesuatu yg dia mahukan daripada kita. Apa mahumu????

Cik Hati beruntung, n Cik Hati bersyukur sgt sebab Cik Hati dikurniakan satu anugerah. Cik Hati mempunyai satu insticnt @ naluri yg sgt kuat. Naluri Cik Hati x pernah menipu Cik Hati. Ape yg tergerak di hati Cik Hati ni selalunye betul. Dan naluri Cik Hati ni dibantu oleh satu akal yg sentiasa bergerak, berfikir, bertanya. Betul lah, Cik Hati pernah terdengar, akal dan hati perlu bergabung untuk mendapatkan sesuatu kepastian.

Melalui akal dan hati Cik Hati ni lah Cik Hati dapat tahu, dapat membezakan sama ada seseorang itu ikhlas @ tidak berkawan dgn kita. Cik Hati perasan, skarang ni Cik Hati lebih banyak diam dan perhati daripada bercakap. Cik Hati diam di mulut, tapi dalam diri Cik Hati ni selalu je berkata2. "Owh, selama ni inilah tujuan dia berkawan dgn aku, baik dgn aku,"

Dan melalui akal dan hati Cik Hati ni lah, Cik Hati dapat merungkai, membongkar semua yg tersirat. Yg tersurat dah tentunya nampak di depan mata kan. Bila semua nya dah terungkai, ternyata benarlah ape yg dibisikkan oleh hati Cik Hati ni. Cuma Cik Hati ni sedikit lembap lah, memerlukan masa yg panjang utk memastikan sesuatu perkara. Bukan ape, Cik Hati hanya nak mencari bukti yg kukuh, yg boleh dijadikan alibi.

Kadang2, Cik Hati sedih juga, kita ikhlas dengan mereka, tapi mereka? X pe lah, Cik Hati percaya hanya mereka segelintir je yg tidak ikhlas. Macam mama Cik Hati cakap, Cik Hati x rugi kehilangan mereka2 tu, sebab Cik Hati ade ramai lagi yg ikhlas berkawan dan boleh menerima diri Cik Hati seadanya. Kepada mereka2 yg rasa ikhlas berkawan dgn Cik Hati, Thank u s0 much..

3 comments:

Anonymous said...

girls mmg biase ade instinct yg kuat esp yg lahir musim luruh.. bkn setakat instinct biase ade daya pemerhatian yg tajam.. tu biase dpt detect perihal cam ni

Mohd Nasri said...

bgus2..hehe

alien said...

dunia sekarang macam2 jenis manusia ada cik hati..
sabar la menempuh cabaran yer..